Make your own free website on Tripod.com

Mengenali saya

Home

About me

My Album

My Family Album

Contact me

<< Gambar ini di ambil ketika saya berusia 17 tahun.

SEJARAH PENDIDIKAN : Saya memulakan alam persekolahan pada tahun 1962 di Temenggong Abdul Rahman School, Johor Bahru (TARS), kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman (1) sehingga tamat Standard Six (Darjah Enam) pada tahun 1967. Saya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu pada tahun 1968 di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru (English College) sehingga tamat Tingkatan Lima pada tahun 1972 dan bergiat dalam Pasukan Kadet Bersatu Malaysia. Pada Tahun 1973, saya mengulang semula M.C.E Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Johor Bahru. Seterusnya saya diterima masuk ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru untuk sesi pengajian tahun 1975/1976 dan bermulalah profesion saya sebagai seorang pendidik.

SEJARAH PERKHIDMATAN : Setelah tamat pengajian di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, saya telah ditempatkan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Air Tawar 4, Kota Tinggi mulai 01.01.1977 sehingga 31.12.1981. Saya telah memohon bertukar ke Johor Bahru dan mulai 01.01.1982, saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Senibong, Johor Bahru. Sekolah Kebangsaan Senibong ketika itu adalah sebuah sekolah kecil di pinggir bandar Johor Bahru dengan bilangan murid seramai 46 orang dan 5 orang guru termasuk Guru Besar. Sekolah ini dikategorikan Gred C luar bandar dan melaksanakan Pendidikan Kelas Bercantum. Setelah menimba pengalaman selama 12 tahun 10 bulan di sekolah luar bandar, mulai 01.11.1994 saya telah diarahkan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2, Johor Bahru sebagai Penolong Kanan 1 ( Lantikan Dalaman ). Apabila sekolah ini telah di naiktaraf ke Gred A pada 01.01.1998 saya telah di arahkan menjalankan tugas sebagai Penyelia Petang. Pada 01.09.1999, saya telah ditawarkan ke DG5 dan diarahkan bertugas sebagai Penolong Kanan 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Saya memohon bertukar semula ke Johor Bahru dan pada 02.11.1999 dan telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor Bahru sebagai Penyelia Petang. Mulai 16.07.2002, saya telah ditukarkan semula ke SK Taman Johor Jaya 2, Johor Bahru sebagai Guru Penolong Kanan 1, DGA32 sehingga 01.04.2005 dan diarahkan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru sebagai Penyelia Sekolah Menengah. Pada 19.11.2006, saya telah ditawarkan ke Gred DGA34 dan ditugaskan sebagai Guru Besar di SK Taman Johor Jaya 3, Johor Bahru sehingga 16.07.2007. Mulai pada 17.07.2007, saya telah di arahkan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang sebagai Penyelia Kanan Sekolah Rendah Gred DGA34 sehingga kini.

 PreviousNext

<< KEMBALI / SETERUSNYA >>